Quantcast
Channel: anis suryanie
Viewing all articles
Browse latest Browse all 45

PART 1 : PENGALAMAN DAN PROSES BELI RUMAH MENGGUNAKAN LOAN LPPSA

$
0
0
Logo Design by FlamingText.com 

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf zahir Batin

Berkulat dah blog, tapi rasa nak sharing tentang pengalaman jual beli rumah ni menggunakan loan LPPSA (penjawat awam). Memandangkan, during the whole procedures sangatlah susah nak cari info dan maklumat yang berkaitan. Huhu.

So Anis cuma akan share apa yang Anis go through. So kalau ada nak add on apa-apa dipersilakan. 😊

Note : Cerita ni akan ada 3 part, mewakili 3 pengalaman yang berbeza antara 3 developer.

Anis akan update dari mase ke semasa. So, ini adalah PART 1. 🤭


PENGALAMAN PERTAMA : TAHUN 2016

Okaylah disebabkan Anis ni penjawat awam, so banyak jugakla projek-projek PPA1M (Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia) yang Anis apply. Asal ada je projek di kawasan yang Anis rasa logik untuk dimohon, Anis akan isi dan hantar permohononan tersebut.

Bukan PPA1M je, PR1MA, Rumah Selangorku, Rumahwip semua Anis apply. PR1MA ada dapat offer tapi bagi Anis rumah PR1MA mahal. Rumahwip leceh, sebab kena pergi angkat sumpah bagai. Rumah Selangorku pun dapat offer, tapi Anis tolak sebab developer projek tu tak terima loan LPPSA.

Nak dijadikan cerita, 30.11.2016 Anis terima email tawaran untuk projek PPA1M di Kuantan, Pahang. Konon-konon nanti nak transfer duduk Kuantan la, dah suami pun masa tu kerja oil and gas belah2 Kemaman. Rumah ni landed tau, 1 1/2 storey. RM210,000.00 untuk 1300sqf. Belah-belah Peramu, Kempadang, Sg.Soi sana. Dekat lah nak makan Ikan Bakar Ana tu. Hehe.

Anis pun terima offer, klik terima tawaran dalam sistem PPA1M. Print out surat setuju terima, sign terima, ketua jabatan pun sign, berserta surat iringan ketua jabatan dan dokumen sokongan yang diperlukan (payslip,ic dan lain-lain), permohonan loan LPPSA secara online print out dan sign kita berserta ketua jabatan (agen yang isikan, Anis print out je) kemudian hantar ke pemaju dan pemaju hantar ke LPPSA.

Seriously, developer ni pelik tau - KEMUNCAK LAKSANA SDN. BHD. nama developer ni. Macam main-main. Untuk S&P sikit pun tak explain dan sebut. Bila setuju tu, dia terus bagi floor plan dan unit rumah diorang dah pilih siap-siap. Tapi sebab masa ni zero kan. So follow je lah. 

Dalam masa 3 minggu, dapat email loan LPPSA lulus 100% tanpa wang beza. So, anis print out dan sign SURAT SETUJU TERIMA dan hantar balik kepada agen pemaju untuk dihantar kepada LPPSA. Setuju terima tu dalam masa 14 hari bekerja kena jawab dan sampai ke LPPSA. Kalau tak jawab, permohonan dianggap ditolak. Semua benda agen buat masa ni. Masa ni Anis still biul-biul. Bilalah developer ni nak collect duit untuk S&P semua tu. Memang sampai ke sudah tak sign S&P. 😑

FEBRUARI 2017

Dalam bulan februari Anis balik Kelantan. So, balik KL naik LPT, Anis ajak suami singgah Kuantan nak tengok tapak rumah tu. Bila pergi, hutan belantara lagi. Yang ada cuma projek fasa 1 yang dah siap dan diduduki. Anis punya fasa 3. Fasa 2 pun tak nampak apa-apa. Jentolak jengkaut semua tak nampak batang hidung. 😓

Masa ni dah rasa macam.... hurmmm. 30% je hati ni rasa nak proceed. Tapi, surat setuju terima dah hantar. SURAT SETUJU TERIMA LOAN LPPSA YA, BUKAN SURAT TAWARAN PERUMAHAN dari PPA1M. 

Malas nak serabut-serabut, Anis follow je flow. Call developer berkali-kali untuk S&P, yelah mesti lah nak tahu berapa banyak duit nak pakai kan? Nak buat preparation. 1st time belinl rumah pulak tu. Duit bukannya kepuk-kepuk boleh buat keluar senang-senang.

MEI 2017

Anis cek sistem LPPSA, duit insurans dah dibayar. Ish, pantas insurans ni (TAKAFUL IKHLAS). S&P apa pun tak sign macam mana dah boleh disburse duit ke insurans eh? 🙄

Malas nak serabut, tapi malang tidak berbau. 

JANUARI 2018 

Awal tahun, Anis terima surat dari bahagian pengurusan hospital. Allahu. Macam jatuh terduduk bila dapat tahu Anis diarahkan untuk keluar dari rumah kerajaan (kuarters) atas sebab blok yang Anis duduk tu untuk gred yang lebih rendah, dan Anis tak layak.

Serabutnya kepala masa ni. Mana lah nak tuju, nak cari rumah sewa dalam KL ni. 😭😭

Fikir punya fikir, Anis nekad nak batal beli rumah dekat kuantan tu dan beli rumah dekat KL. Yelah, S&P apa pun belum sign.

Dan disinilah bermula segala-galanya!! 


To be continueeeeeee 😘

  Logo Design by FlamingText.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 45

Trending Articles


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Inspirational Quotes For you and Motivates you


Tropa Quotes


Knock knock jokes


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 11.5.1 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 11.8.1 by Vimeo.com, Inc.